MINEpLAYLIST

Wednesday, May 18, 2011

bercinta bukan sekadar berseronok ye!


berkorban apa sahaja ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan
keadaan pasangan yang asyik dilamun cinta..
mereka sanggup melakukan apa saja demi cinta
sehingga maruah dan kehormatan diri tergadai
akibat hubungan terlarang terdapat pasangan
yang sanggup membuang bayi 
tanpa nilai kemanusiaan dan kasih sayang

Islam mengambil berat persoalan ini
kerana jika tidak diurus dengan baik
pasti akan mengundang perbuatan ZINA

untuk menentukan supaya percintaan
mencapai matlamat 
perkahwinan yang disyariatkan

cinta sejati dan hakiki hanya untuk ALLAH
dengan taat melaksanakan segala perintah
dan meninggalkan laranganNYA

semua ini dilakukan demi memperhambakan
diri kepadaNYA 
sambil mengharap beroleh kenikmatan
menyaksikan zatNYA Yang Mulia di SYURGA

cinta kepada Rasul wajib didahulukan
daripada cinta kepada makhluk
sebagai syarat untuk mendapat
syafaat al-kubra di akhirat kelak..


perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w
dalam hadis yang bermaksud: Didiklah 
anak-anak kamu cinta kepada tiga perkara ; 
Cinta kepada Nabi mereka, Cinta kepada ahli keluarga Nabi mereka
dan Cinta kepada al-quran

segala perlakuan mesti dimulai dengan niat ikhlas
semata-mata kerana ALLAH
maka begitu pula apabila
ingin bercinta dan berkasih sayang
semata-mata kerana ALLAH
sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan
yang secocok dan berakhir ke jinjang pelamin..

jika ditakdirkan terjadi perpisahan
perpisahannya juga kerana ALLAH
supaya setiap pasangan pasrah
akan takdir ALLAH bahawa tiada jodoh
antara mereka dan menerima dengan hati terbuka..

bercinta bukan tiket untuk melakukan apa saja
setiap pasangan wajib menjaga batas pergaulan

elakkan bersikap memandang remeh
terhadap perbuatan saling
berpegang tangan yang diharamkan
kerana akan mengundang dosa lebih berat
sedikit demi sedikit



misz killer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...